Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi berita gembira di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu.

Perkara itu dikongsi Wany menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut pelantun lagu Menahan Rindu itu, bayi perempuannya dilahirkan secara normal pada pukul 7.14 petang semalam.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah. Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal,” katanya.

Teruja dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut Wany dan juga rakan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

 

Sekadar info, Wany dan suami, Al Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz.

Pada majlis tersebut, Adib telah menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Salma Syahbuddin