Jangan Pandang Sebelah Mata, Inspektor Sheila Pernah Belajar Al-Quran & Sunnah, ‘Open Minded’ Jika Jodoh Berlainan Agama

Selepas fotonya bersama Iqbal Zulkefli tular sejak semalam, pelbagai info berkenaan Inspektor Sheila mula digali, ini termasuklah, dia pernah mengambil subjek Tasawwur Islam dan memperoleh gred B bagi subjek berkenaan ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memetik laporan mStar, pemilik nama Sheila Sharon Steven Kumar ini juga pernah mempelajari al-Quran dan Sunnah.

Justeru, tidak ada istilah baginya untuk tidak menerima lelaki dari agama dan latar belakang yang berbeza.

“Saya dapat grd B dalam subjek Tasawwur islam  dan saya tahu sedikit sebanyak tentang al-Quran dan Sunnah.

“Malah, saya ada pengalaman bercinta dengan lelaki Melayu dan bapa saya juga pernah bercinta dengan wanita Melayu. Jadi kami terbuka soal itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Jangan Bimbang Sayang, Sedangkan Lautan Sanggup Ku Renangi…” – Iqbal Zulkefli Respons Warna Kulit Tak Jadi Masalah Demi Inspektor Shiela

ARTIKEL BERKAITAN:”Sheila Tak Miliki Kriteria Seperti Saya”- Vida Tak Cemburu, Ramal Hubungan Iqbal & Inspektor Sheila Tak Jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheila Kongsi Ciri Lelaki Idaman – “Tak Hensem Tak Apa, Janji Muda & Tak Gemuk”

Meskipun terbuka memiliki kekasih dengan latar belakang yang berbeza, Sheila mengakui dia sedikit memilih jika ditanya soal pasangan hidup.

“Selain lengkap dengan ciri-ciri baik, dia mestilah seorang yang bekerjaya, bercita-cita tinggi, arif soal agama dan hormat orang tua,” jelasnya.

Mengulas lanjut susulan inisiatif Iqbal untuk berkenalan dengannya, Sheila mengaku Iqbal seorang yang ramah dan cepat mesra.

“Bila bertemu saya melihat dia seorang yang kacak, baik dan cepat mesra malah memiliki sifat kebudak-budakan.

“Mungkin kami boleh rapat selepas ini kerana banyak lagi perkara yang saya mahu tahu mengenainya,” ujarnya.

 

Sumber / kredit foto: mStar

Salma Syahbuddin