[VIDEO] Sebaknya! Impian Raisuddin Hamzah Berjumpa Adik Miza Berbaloi, Akui Gigi & Tangan Persis Siti Sarah

Isteri kepada Raisuddin Hamzah,67 , Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder mencuri perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Makder bersama-sama Raisuddin dan anak sulung arwah iaitu Uwais Alqarni sedang menuju perjalanan berjumpa dengan Adik Miza iaitu kanak-kanak yang dikatakan mempunyai rupa paras persis arwah Siti Sarah.

“Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa,” katanya.

Teruja melihat kelibat anak kecil itu, reaksi wajah Raisuddin dan Uwais jelas terpancar kegembiraan apatah lagi bapa arwah memaklumkan, tangan dan gigi Adik Miza menyerupai arwah anak kesayangannya.

 

Sementara itu, perkongsian tersebut turut mendapat respons dari Shuib yang mengatakan kanak-kanak berkenaan menyerupai arwah isterinya ketika masih kecil.

“Masya-Allah comel nya lahaiii, macam Siti masa keci. Sampaikan salam pada Adik Miza makder 😜@suciuwais,” komen Shuib.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang berlainan pula, Makder sempat berkongsi sepotong video pendek memaparkan foto suaminya bersama Adik Miza.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat usaha yang ditunjukkan bapa arwah untuk bertemu kanak-kanak berkenaan.

Malah, segelintir mereka berpendapat figura Siti Sarah sangat istimewa dihati peminat-peminatnya.

“Ayah tu sanggup je brapa lama perjalanan pun… walau orangnya tak sama, cukup dapat lepaskan rindu tengok wajah persis anaknya pun dah terubat rasa rindu.

“Kenapa ya, bila sebut je nama Siti Sarah, automatic dada ketat dan  air mata bergenang. Figura yang satu ini sangat istimewa dihati kami, lambang pengorbanan seorang Isteri. Berehatlah wahai bidadari syurga.

“Ya Allah dia punya senyum tu, berair mataku. Entah la, arwah Sarah memang ada tempat dalam hati ni agaknya. Al Fatihah.

“Sebaknya tengok! Rindu seorang ayah pada anak kesayangannya.

“Pandangan seorang ayah membawa seribu satu makna. Terlihat susuk tubuh seakan arwah waktu kecik mesti membuatkan jiwa seorang ayah meruntun mengenangkan anak nya sendiri yang dah tak ada di dunia ni. Rindu yang tak berpenghujung. Apatah lagi rindu seorang ayah pada anaknya,” komen netizen.

Salma Syahbuddin