Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik sepotong video pendek menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Patimah kelihatan memberikan penghargaan buat menantu kesayangannya itu menerusi video yang telah disunting olehnya.

Dalam video tersebut, kelihatan foto cucu-cucunya dan video aktres berkenaan ketika menunaikan umrah bersama kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“My heart. Ketabahan seorang isteri dan ibu yang bertanggung jawab terhadap anak-anaknya,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

 

Sebelum ini, Patimah antara individu yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan sentiasa menitipkan doa buat kebahagian Puteri Sarah selepas isu perceraiannya bersama Syamsul Yusof.

Malah, Patimah juga turut dilabel sebagai contoh mentua terbaik apabila melayan Puteri Sarah bagaikan anak kandung sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Dilabel Mentua Idaman, Patimah Ismail Tak Putus Titip Doa Buat Puteri Sarah – “Semoga Kebahagiaan Milikmu”

ARTIKEL BERKAITAN:Menantu Tunai Umrah Seorang Diri, Patimah Ismail Titip Pesan Buat Puteri Sarah – “Berdoalah Untuk Jodoh Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

ARTIKEL BERKAITAN:’Like’ Video Irenee Deanna, Netizen Dakwa Patimah Ismail Beri Hint Dah ‘Restu’ Hubungan Syamsul Dengan Si Wanita Rambut Kerinting?

Salma Syahbuddin