Sekian Lama Dalam Industri Seni, Nabila Huda Teruja Pertama Kali Berlakon Dengan Rosyam Nor!

Pelakon berkaliber, Nabila Huda, 39, berkongsi perasaan gembira apabila pertama kali dapat berada dalam satu penggambaran bersama aktor terkemuka, Datuk Rosyam Nor setelah sekian lama berkecimpung dalam industri seni hiburan.

Menerusi ciapan di platform X, Nabila atau lebih mesra disapa Abil memuat naik pautan video pendek memaparkan antara babak mereka.

Dalam ciapan sama, anak kepada penyanyi rock, Amy Search ini turut berharap suatu hari nanti mereka bakal digandingkan semula dalam kaca televisyen (tv).

“First time working with Uncle Rosyam. Bertahun-tahun lamanya, umur 39 baru ada rezeki! Precious moments ni.

“Hopefully one day dapat digandingkan lagi. I want more scenes, more days with him. Insya-Allah! Akan ku simpan kenangan ini sampai akhir hayat ku,” akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat gandingan dua pelakon hebat tanah air.

Sebelum ini, Abil menerima ugutan anaknya, Keisha Laila akan diculik gara-gara dilabel pencuri budaya Indonesia.

Artikel Berkaitan: Dilabel Pencuri Budaya Indonesia & Terima Ugutan Culik Anak, Ini Respons Nabila Huda!

Artikel Berkaitan:  Nabila Huda Buka Mulut Isu Beri Kenyataan ‘Berani Mati’ Terhadap Nad Zainal -“Buat Apa Nak Terhegeh-Hegeh”

Artikel Berkaitan: “Isteri Bila Ada Duit Ego, Berlagak, & Mula Pandang Rendah Pada Suami” – Wanita Ada Duit Salah Satu Punca Perkahwinan Terlerai, Kenyataan Rosyam Nor Raih Pelbagai Respons Netizen

Aqilah Paharuzi