Hiburan By: SGMS Faida August 12, 2019 @ 12:00pm

Muna Shahirah Pilih Genre ‘Jiwang’

Mula popular dengan Takdir Cinta disusuli Teguh Setia, bakat baharu, Muna Shahirah mengaku lebih selesa menyanyikan lagu balada.

Muna yang dicungkil bakat daripada program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2014, memberitahu, biarpun lagu balada atau mendayu sukar dibawa, genre itu lebih dekat dengan dirinya.

“Lagu balada sukar dibawa jika hendak dibandingkan dengan dendangan rancak. Kalau vokal biasa sekalipun, masih boleh bawa lagu rancak kerana mudah dipelbagaikan.

 

“Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut,” katanya kepada BH Online.

Muna yang juga calon awal kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, bertuah apabila ditawarkan merakamkan lagu Takdir Cinta dan Teguh Setia ciptaan komposer terkenal, Ibnu serta Gouffran.

Muna atau nama penuhnya, Muna Shahirah Munadi berkata, ketika ini, dia menyanyi sepenuh masa.

“Saya memiliki ijazah sarjana muda sains (matematik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2015. Saya minat dalam bidang itu, cuma, saya fikir, tak salah mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

“Buat masa ini, saya suka lakukan satu kerja sahaja. Saya tak boleh buat banyak kerja serentak,” katanya yang berasal dari Mersing, Johor.

Pernah menjadi penyanyi Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun, Muna pernah putus asa dan hampir meninggalkan dunia nyanyian, dua tahun lalu.

Dia pernah terfikir mahu mengikut adik bekerja dalam bidang perhotelan di Singapura.

“Ketika itu, saya tak kisah melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat membantu ibu bapa. Siapa sangka, suatu hari, pengurus dan wakil syarikat rakaman, FMC Music hubungi saya,” katanya.

Mengenai peluangnya dalam ABPBH 32, Muna tidak meletakkan harapan tinggi.

“Kalau ada rezeki, saya hendak jadi calon Top 5. Cuma persaingan sengit… Saya harapkan keajaiban. Namun, dapat jadi calon Top 20 sudah dianggap rahmat,” katanya.

 

Kredit: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

[VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

‘Selepas Nedim bercerai kami berhubung semula, tapi hubungan tak lebih dari abang adik’ – Zarina Anjoulie

Featured Thu, 24 Aug 2023
Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

Hiburan Wed, 21 Nov 2018