Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Melihat kejayaan filem Munafik 2, pelakon Mawi mengaku gembira dengan maklum balas peminat terhadap filem itu. 

Membawa watak Azhar, Mawi juga dimaklumkan penggambaran Munafik 3 bakal bermula tak lama lagi.

Namun begitu, Mawi memberitahu dia tidak pasti sama ada akan berlakon dalam filem itu atau tidak.

“ Munafik 3 memang ada tapi saya tidak tahu sama ada akan terlibat atau tidak. Memandangkan dalam Munafik 2, watak saya meninggal dunia. Saya pun masih belum pasti tapi segala kemungkinan boleh terjadi, manalah tahu watak saya akan ada balik dalam Munafik 3,” katanya sambil ketawa.

Bercerita tentang isu muat turun filem Munafik yang kini dilaporkan ‘bocor’ di internet, Mawi menggesa orang ramai menentang tindakan individu tidak bertanggungjawab ini.

“ Dari segi undang-undang, ia memang jelas salah. Sama juga dari sisi agama, ia sepatutnya tidak berlaku kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri.

“ Saya puji tindakan Skop Productions yang mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab ini.

“ Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Saya sokong apa yang dilakukan oleh pihak Skop dalam hal ini. Perbuatan download hasil karya orang lain adalah sama sekali salah,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal tampil dengan filem arahan pertamanya yang akan menjengah pawagam pada tahun depan.

“ Filem santai arahan pertama saya ini mengetengahkan komedi ringan. Filem yang sesuai untuk seisi keluarga, tak perlu berfikir banyak ketika menontonnya nanti. Yang penting, memang anda akan enjoy.

“ Proses editing sudah siap cuma dalam proses memilih tajuk filem. Saya sendiri berdebar menunggu respon penonton. Insya Allah doakan semua lancar,” katanya.

Filem pertama arahan Mawi ini turut membariskan para pelakon seperti Hazama, Joey, Along dan Mawi sendiri. Good Luck Mawi!

SGMS Faida

Recent Posts