Categories: Oh Lawa

Anda Kesuntukan Masa Untuk Pakai Makeup Betul-Betul? Ikuti 3 Tip Ini

Sesetengah orang tak boleh keluar rumah kalau tak pakai makeup. Sesetengah orang lagi, bila nak pakaikan makeup, dia mesti ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit.

Kalau dia memang ada masa yang terluang, suka hati dialah nak ambil berapa banyak masa pun. Tapi kalau dia tak ada masa, macam mana?

Katakanlah anda terbangun lambat untuk pergi kerja, ataupun boyfriend anda dah terpacak depan pintu. Apa nak buat?

Okay, okay, jangan risau. Ada beberapa tip yang anda boleh ikuti untuk pakai makeup cepat-cepat tapi anda tetap akan tampil menawan.

1. Tak perlu pakai foundation

Sebaliknya, sapukan concealer di bahagian-bahagian muka yang memerlukan cover-up seperti bintik-bintik hitam, dark circles dan jerawat. 

Gunakan span makeup atau jari untuk tepek-tepekkan krim concealer itu pada kulit (jangan gosok!). Ia akan memberikan rupa yang ringan dan natural. Tak perlu cover seluruh muka.

2. Pakai blusher jenis krim

Seelok-eloknya pilih warna merah jambu, seperti Dandelion Dew daripada jenama Benefit. Apabila bahagian lain pada muka anda tak nampak heavy, warna terang daripada blusher tadi akan memberi sinaran kepada muka. Perbezaannya besar, percayalah.

3. Pakai produk untuk bulu kening

Supaya muka anda nampak seimbang, anda boleh skip terus makeup untuk mata. Fokus kepada bulu kening dan kalau boleh gunakan produk 3-dalam-1 seperti Glossier Boy Brow yang boleh tolong kembangkan, warnakan dan bentukkan bulu kening anda.

Ha, untuk bibir pula, anda pakailah produk mana-mana, tak kiralah lipstick, gloss atau lip matte. Produk bibir kan anda selalu pakai? Di saat emergency, calit saja.

Tip-tip di atas tadi adalah untuk alat-alat makeup lain yang jarang dipakai. Yang pastinya, kini rupa anda lebih elok daripada rupa bare face.

Ternyata ia taklah sesempurna macam apabila anda memakai makeup yang lengkap. Tapi memandangkan anda memang tak cukup masa, jadilaaah!

Sumber: Health.com

Ad Ops