Muncul Dengan Lagu ‘Senandung Raya’, Diana Danielle Buat Peminat Teruja – “Love, Indo Vibe Sangat!”

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle tampil dengan lagu raya terbaharunya yang berjudul ‘Senandung Raya’ di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, baru-baru ini.

Perkara itu juga telah diumumkan oleh Diana menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Lagu raya yang ditulis dan digubah oleh Amylea itu juga telah membawakan aura yang berbeza berbanding lagu raya yang lain dengan mengetengahkan genre Jazz.

@diana.danielleMusic video dah release! Go to YouTube to watch it ✨♬ original sound – Diana Danielle

Biarpun hanya berkongsi teaser, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja dan memuji kelainan yang dibawakan oleh Diana di ruangan komen.

Setakat ini, lagu tersebut juga telah meraih sebanyak 8,000 tontonan dan 278 tanda suka di YouTube.

Fatin Nurain