Muzik Video ‘Mencuba’ Sufian Suhaimi Trending Di Youtube!

Nampaknya penyanyi Sufian Suhaimi berjaya mengulangi kejayaan dengan single terbarunya, Mencuba. Apa tidaknya, baru masuk empat hari dimuatnaik di laman Youtube, muzik video lagu ini mencecah lebih sejuta penonton.

Video muzik Mencuba ini turut menerima 46,000 tanda suka dan mencecah 1.2 juta tontonan. 

Muzik video tersebut turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga ketiga sehingga kini. 

Dalam masa sama, Sufian menerusi laman Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya selamanya.

“#Mencuba just reached 1 million views in 3 days! Trending #2 to #3 but still proud. Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright,” tulisnya ringkas. 

Sementara itu, muzik video ini turut menerima komen daripada netizen yang mengusik Sufian apabila mengaitkan babak menaiki helikopter dengan kisah percintaan Sufian Suhaimi yang lalu. Seakan mengimbau kenangan bersama bekas tunangnya. Eh, tak baik tau!

SGMS Faida