#MuzikMuzik33; Debaran Kali Kedua Ben Ladin

Lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian penyanyi Ben Ladin berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33.

Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan meluahkan rasa teruja apabila single karya komposer Malique dan Dedeq ketika bertemu pada majlis sidang media Separuh Akhir MM33.

“ Walaupun bukan kali pertama saya melangkah ke separuh akhir MM33, tanggungjawab yang diberikan Malique kepada saya untuk membawakan lagu ini membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya.

Sebelum ini, Ben Ladin yang juga bekas peserta Idola Kecil musim kelima pernah mencuri perhatian ramai apabila tampil berduet dengan Datin Alyah menerusi lagu Permata. 

Menariknya, Hikayat Benladin mencatat lebih 16 juta tontonan setakat ini sejak dikongsi di YouTube bermula 19 Julai lalu.

Pusingan separuh akhir Muzik Muzik 33 berlangsung pada 9, 16 dan 23 November depan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

SGMS Faida