Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Sejak Isnin lalu, penyanyi Elyana dilaporkan memulakan rawatan radioterapi di sebuah hospital di Subang Jaya. 

Rata- rata peminat di media sosial mendoakan agar penyanyi kesayangan ramai itu terus kuat dan kembali sihat.

Namun begitu, ada juga netizen yang menulis tanpa berfikir yang boleh mengguris perasaan Elyana ketika ini. 

Dalam pada itu, pelakon Sherry Ibrahim antara rakan artis yang rapat dengan penyanyi berusia 30 tahun itu tampil menasihatkan segelintir netizen berkenaan.

“ Saya terpanggil untuk bersuara dalam hal ini. Di waktu waktu sebegini, jangan lempar kata-kata negatif terhadap seseorang yang saya sayang dan sangat kuat serta tak tunjuk lemah sedang berlawan dengan sesuatu dalam badan.

“ Henti tulis benda yang tak baik, ini bukan waktu yang sesuai. Doakan yang baik-baik untuk dia,” luahnya menerusi laman Instagram.

Sherry sekali lagi mengulangi agar netizen tidak lagi melakukan hal yang sama pada sahabat baiknya itu. 

Dalam masa sama, penyanyi Dafi turut memuatnaik pesanan di laman Instastorynya.

“Saya setuju dengan Sherry, tolong jangan buat Elyana stres lagi. Dia dalam keadaan yang dia tak boleh stres. Kalau nak tegur ke apa ke, ni bukan masa sesuai. Jangan la fikirkan rasa ‘nak tegur’ korang tu je bila nak menulis.

“Fikirkan macam mana dia rasa juga dengan dalam kesihatan yang tak baik lagi. Please guys, we are not in her shoes! Kita tak tahu apa yang dia lalui,” tulisnya.

Tambah Dafi, kali ini mungkin dugaan buat Elyana sedangkan kita tidak tahu lagi bila kita akan diuji.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya dan berisiko untuk lumpuh jika rawatan tersebut tidak dilakukan.

Hasil carian di laman Instagram turut mendapati Elyana sudah menyahaktifkan sementara akaun miliknya itu.

SGMS Faida