Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu? Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Ketawa!

“ Ya dia sampai tapi dia lalu je wak… Tak tengok kita pun, Mungkin dia ingat kita penjaga pintu Istana Budaya kot,” tulis pelakon Nabila Huda yang mengundang tawa dalam ruangan komen di Instagramnya.

Kejadian lucu ini berlaku sewaktu tamatnya konsert Tulus di Istana Budaya, malam tadi.

Difahamkan, kerana begitu teruja untuk bergambar dengan Tulus, pelakon wanita itu sudah menunggu lebih awal di pintu masuk bilik di mana sidang media bersama wartawan berlangsung.

Oleh kerana begitu teruja, Nabila sudah siap sedia berdiri di pintu di mana Tulus akan masuk. Lucu sungguh!

“ Teruja nak ambil gambar dengan Tulus… Ya, muka pertama tu belum bersedia. Yang kedua dah terlebih yakin dan lebih ceria.

“ Hancur berderai hatiku. Kira gambar tu rare tau. I dapat ambil gambar telinga serta backshot dia okay!” tulisnya bergurau.

Penantian pelakon Kamar Kamariah itu berakhir apabila berjaya merakam foto kenangan bersama Tulus yang dimuatnaik di Instagramnya.

Hampir 1500 penonton hadir di Istana Budaya malam tadi bagi konsert Tulus Live In Malaysia.

Selain Nabila, ramai selebriti tempatan turut hadir memberi sokongan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Sherry Alhadad, Dayang Nurfaizah, Adibah Noor, Waris, Cat Farish, Salamiah Hassan dan ramai lagi. Memang gempak beb!

 

SGMS Faida

Recent Posts