“Kita Ni Bukan Elok Sangat” – Noorkhiriah Jawab Komen Samakan Diri Beliau Dengan Beruk

Pelakon dan juga usahwan, Noorkhiriah terkejut apabila terdapat pihak yang menyamakan dirinya dengan beruk. Gelaran yang diberi itu sekaligus membuatkan beliau berasa terkejut kerana ada juga manusia yang sanggup menyamakan seseorang dengan binatang dan sanggup meninggalkan komen berbaur negatif tanpa alasan munasabah.

Namun, apa yang dilakukan oleh pelakon ini seharusnya dipuji. Kenapa? Noorkhiriah nampaknya sempat membalas komen tersebut dengan begitu bersahaja dan sedikit kelakar.

 

“Tapi tak apalah, ikut dema lah. Koi masih malas nak fikir, bukan semua suka kita. Kita pun bukan elok sangat. Maka itu, juga adalah bentuk ingatan untuk akak. Kadang-kadang akak terlebih gula, gaya macam beruk gamaknya.” Tulisnya
Namun, Noorkhiriah dilihat telah menutup semua ruangan komen di laman instagram miliknya.
Mungkin itu lebih mudah? Tiada siapa boleh menyebarkan dosa dengan mudah kan?
Salma Syahbuddin