Tak Kenal Siapa Nad Zainal, Nabila Huda Kenalkan Rakan-Rakan Artis Yang Dikenali.. Siap Boleh Describe!

Kenyataan pelakon Nabila Huda yang dikatakan tidak mengenali aktres Nad Zainal mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil turut mendedahkan akaun Instagram miliknya sudah disekat oleh aktres tersebut.

“Haa, tengok kalau kawan saya dia mesti saya follow. I kena blocked! Padahal tak kenal ni, boleh kena blocked eh?,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawab Dakwaan ‘Bergaduh’ Dengan Nad Zainal, Nabila Huda Tampil Buka Mulut – “Saya Tak Pernah Dengar Nama Dia & Tak Kenal Dia Siapa!”

Pada masa sama, pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Nad Zainal yang mengakui tidak kisah tentang rakan hilang dari radar.

“Dah boleh delete kot post ini. Saya jumpa awak (Nad) di alam lain, di situ tiada radar,” tulis Sakinah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Terkini, Abil memuat naik hantaran di Instagram bergambar bersama Sakinah dan penyanyi Marsha Milan seakan menyindir seseorang tentang rakan-rakan artis yang dia kenali.

Malah, wajah mereka menggunakan ‘filter’ wajah seperti sudah berusia serta lagu daripada Fourtwnty yang berjudul Kita Pasti Tua.

“Haa yang ni saya kenal.. Yang belah kanan tu (Marsha), penyanyi hebat Malaya dan pelakon Filem Rahsia dan kiri tu (Sakinah), pelakon hebat dan juara workout fitness, Hemmafit, spoke person Cyril, eh banyak jugak ek she buat,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis antaranya Scha Alyahya, Almy Nadia, Catriona Ross serta rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan Abil.

Maya Basir