Categories: SelebritiTrending

[VIDEO] Anak Didakwa Curi Kereta Isteri Baharu ND Lala, Fauziah Dedah Bukti! Netizen Komen: “Layan Anak Macam Orang Luar”

Sebelum ini, bekas isteri kepada penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman mendedahkan bahawa anak lelakinya didakwa oleh isteri baharu penyanyi itu mencuri keretanya.

Susulan itu, Fauziah berkongsi sebuah video yang memaparkan ND Lala sedang merakam anaknya untuk membuat pengakuan manakala isterinya yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani sedang memeriksa kereta yang didakwa dicuri itu.

Malah, Fauziah yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu meletakkan kapsyen ‘No Caption 😑’ pada perkongsiannya di TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kesal dengan tindakan ND Lala yang melayan anaknya sebegitu dan mengkritik perempuan itu.

Tidak kurang juga, ramai yang membuat dakwaan bahawa penyanyi itu seperti terkena buatan isteri baharunya kerana membuta tuli mengikut arahan.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah telah berkahwin selama 34 tahun namun perkahwinan mereka terlerai pada 2 Ogos lalu dengan melafaz talak melalui aplikasi Whatsapp.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar! Dakwa ND Lala Nikah BFF Anak pada 2019 & ‘Penyondol’ Hilangkan Diri Dari Keluarga Sejak 2016?

Atiqah Johari