Pakai Jubah Isteri Sambil Jalan Catwalk Persis Model KL Fashion Week, Gelagat MK Bikin Netizen Terhibur! – “Hilang Ciri-Ciri 302 Sekelip Mata”

Gelagat pasangan suami isteri, MK K-Clique bersama isterinya, Siti Hajaar sering mencuri tumpuan masyarakat terutamanya dalam kalangan peminat.

Terbaru, penyanyi rap popular itu sekali lagi mendapat perhatian selepas isterinya, Siti Hajaar berkongsi video pendek di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, kelihatan memakai jubah berwarna putih milik isterinya sambil berjalan secara catwalk persis model pertunjukkan fesyen popular, KL Fashion Week yang sedang berlangsung.

“KL Fashion Week 2023, model import, dulu rapper katanya. Korang kenal ke?,” tulisnya.

Terhibur melihat aksi MK yang kelihatan lebih terbuka berkongsi perangai sebenarnya di media sosial terutamanya selepas mendirikan rumah tangga, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Malah, ada yang memuji pasangan ini kelihatan manis bila bersama lebih-lebih lagi apabila Siti Hajaar terhibur melihat aksi suaminya itu.

“Comel je, teruskan bahagiakan isteri anda.

“Hajaar ni kan, gelakkan suami pun comel je, sopan je.

“Bila suami macam ni, tak sunyi lah rumah, dapat pula isteri yang suka gelak.

“Buat hal lah MK. Terus hilang ciri-ciri 302 tu sekelip mata.

“Tak tahu pula MK jadi macam ni. Lucu!,” komen netizen.

Setakat artikel in iditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 900,000 tontonan dan menerima lebih 80,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

 

Salma Syahbuddin