Jatuh Pentas Ketika Sesi Raptai Punca Uyaina Arshad Bertongkat & Berkerusi Roda

Pengacara Uyaina Arshad mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil bertongkat dan mengenakan kerusi roda menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Bagaimanapun, Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, mendedahkan punca disebalik keadaan yang menimpanya itu.

“So this is happened. Nak salahkan @jirayutdaa4official tapi eh, salah sendiri,” katanya.

Teruja record dan saksikan Jirayut menyanyi

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina yang sedang berada di Indonesia bagi mengacarakan  program Dangdut Academy Asia untuk musim keenam (DAA6) bersama rakan pengacaranya, Jirayut Afisan itu kelihatan teruja merakam dan menyaksikan sesi rehearsal program berkenaan sebelum terjatuh dari atas pentas.

 

Dalam pada itu, video berkenaan juga turut disiarkan secara langsung ketika program tersebut bersiaran dan dikongsikan semula menerusi hantaran di Instagram Indosiar.

 

Sekadar info, Uyaina merupakan selebriti kelahiran program realiti Puteri Muslimah Asia 2018 dan siapa sangka namanya kian gah di bumi Indonesia sehingga ke hari ini.

Salma Syahbuddin