Nabila Razali Dah Sedia Hadap Soalan Fasal Zuriat Raya Nanti – “Jika Ada Yang Tanya, Jawapan Saya Adalah…”

Penyanyi Nabila Razali memaklumkan dia belum berbadan dua selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Nik Iruwan Nik Izani.

Bercakap kepada XTRA, Nabila menyerahkan soal rezeki zuriat itu kepada Yang Maha Esa.

Malah, Nabila juga sudah bersedia dengan soalan-soalan berhubung zuriat pada Aidilftiri kelak.

“Saya percaya pada rezeki kalau diberikan rezeki dan tiba masanya maka adalah.

“Jika ada yang bertanya, jawapan saya tetap sama. Ia bergantung kepada rezeki, jika ada, maka adalah, kalau taka da, nak buat bagaimana? Kita teruskan usaha.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, saya percaya dan berpegang kepada rezeki, jika sampai masanya, maka ada lah.

“Macam sekarang saya banyak perkara yang saya buat, jadi mungkin untuk saya bekerja dahulu, saya juga tak tahu.

“Harapnya perkara tersebut dipermudahkan,” ujarnya.

Nabilla ditemui pada majlis pelancaran lagu raya pertama nyanyiannya yang berjudul Raya Mana? di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, pelantun lagu Raya Mana itu turut memaklumkan dia meletakkan had dalam berkongsi kebahagiaan rumah tangganya.

“Macam saya sendiri letakkan had untuk kongsi kebahagiaan. Kita risau dan cuba untuk kawal apa yang patut.

“Kadang-kadang ada saja video yang dah dirakam, suami saya tanya nak kongsi dekat mana.

“Bila saya cakap dekat TikTok, dia nak tengok dahulu. Sebab dia pun ada juga had untuk berkongsi. Kalau dia kata tak okay, saya macam ‘ala dah kelakar dah ni’ tapi kalau tak boleh, tak boleh la.

“Tapi saya sendiri pun tapis dan tambahan pula dia,” katanya.

Malah, Nabila turut berkata bahawa suaminya ada berpesan untuk meletakkan had dalam berkongsi sebarang perkongsian mengenai rumah tangga.

“Kalau video berkaitan saya sendiri, dia tak ada larang. Tapi kalau berkaitan dengan dia, barulah dia akan ‘tapis’ dahulu. Sebab dia pun ada berpesan, kalau hal rumah tangga ini simpan kita saja.

“Yang mana perlu tunjuk itu boleh la. Macam kadang-kadang netizen ini pun buat kita pening kepala juga kan. Tak tunjuk kata lain, kalau tunjuk kata lain.

“Saya cuba buat posting berkaitan dengan suami itu berpada-pada… mengikut pada kesesuaian la,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarkan Lagu Raya Pertama, Nabila Razali Tak Kisah Lagu Raya Lain Dah ‘Meletup’ Dulu

Khairil Khusyairi