Nabila Razali Teruja Beraya Di Rumah Baru, Akui Banyak Berbelanja Untuk Sediakan Kelengkapan

Penyanyi Nabila Razali mengakui dirinya teruja untuk menyambut raya di kediaman baharunya buat pertama kali sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurut Nabila, persiapan raya kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana perlu berbelanja lebih untuk menyediakan kelengkapan rumah.

“Persiapan raya saya, Alhamdulillah rumah baru sekarang jadi banyak benda nak kena siap. Selain daripada rumah, duit raya, kuih raya, kali ni rumah.

“So, bila cakap pasal rumah dia punya perbelanjaan tu dah jadi banyak tau. Untuk kerusi, meja sebab rumah baru, banyak lagi barang yang tak ada. Kalau dulu tu mungkin belanja tu dekat baju, tudung dan kasut.

“Tapi saya dekat baju pun saya tak spend banyak sebab kita raya lepas tu dah kerja. So banyak spend untuk rumah la yang tricky sikit,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila juga sempat menyatakan rasa terujanya untuk mengajak kenalan terdekat untuk beraya di rumahnya ketika Aidilfitri ini.

“Tapi apa pun sebab raya pertama di rumah baru, so saya tak berkira sangat. Saya memang nak kawan-kawan terdekat saya, rakan selebriti, rakan media, close friends, kawan sekolah saya nak mereka datang sama-sama untuk bagi housewarming yang baik, lebih-lebih lagi di bulan syawal nanti,” jelasnya.

 

Fatin Nurain