[VIDEO] Aksi Azhar Sulaiman Bila Telefon Pintar Tak Cam Wajahnya Buat Netizen Berdekah – “Handphone Pun Terkejut”

Tular sebuah video perkongsian pelakon Azhar Sulaiman apabila telefon pintar miliknya tidak dapat mengakses fitur pengecam wajah berulang kali.

Apa yang lebih menarik perhatian dan menggelikan hati netizen adalah apabila dia menunjukkan muka dan badan sebenarnya berwarna hitam mengakibatkan telefon pintar tersebut tidak dapat mengakses wajahnya sendiri.

Video tersebut telah dikongsi di laman sosial TikTok miliknya dan meraih sebanyak hampir 24,000 tontonan.

@theazharsulaiman

Ada masanya Iphone punya Face Recoqnition tak perform….

♬ original sound – AzharSulaiman

“Ada masanya iPhone punya face recognition tak perform,” tulisnya di kapsyen.

Difahamkan, ketika situasi tersebut berlaku, Azhar sedang menjalankan penggambaran dan memerlukan dia untuk mewarnakan keseluruhan badan berwarna hitam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah melihat gelagat Azhar atau lebih mesra disapa Mami dalam kalangan netizen.

“Mami, handphone tu terkejut tengok mami. Jangankan handphone, saya pun terkejut.

“Bang, saya tengah puasa ni.

“Risau pula makin menjadi jadi mami ni. Lepasni pengikut Leona mesti tinggal sikit,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana