[VIDEO] Natasha Hudson Santuni Warga Emas, Buat Netizen Tersentuh- “Teruskan Jadi Permata…”

Pelakon cantik, Natasha Hudson berkongsi sebuah video di laman media TikTok ketika dirinya membantu seorang warga emas menolak troli di sebuah pasar raya.

@natashahudsonofficial Jgn kita abaikan org tua. Tak kisah la sama ada dia nampak kaya atau miskin. Apa dia lalui kita tahu ke? Jangan memilih. Dan saya selalu ikut naluri saya. Just do it and jgn berganjak kalau nak membantu even a small gesture as it means a lot to anyone in need. Make small habits big useful habits. #fypmalaysia #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #viral #virallagi #natashahudson #kedah #sungaipetani #langkawiinfluencer #giveback #payitforward #ramadan #balikkampung #socialexperiment ♬ original sound – Natasha Hudson

Kejadian terbabit dilakukan secara spontan kerana Natasha bersimpati melihat keadaan warga emas tersebut seperti tidak larat untuk menolak troli yang penuh dengan barang-barang keperluan.

“Jangan kita abaikan orang tua. Tak kisahlah sama ada dia nampak kaya atau miskin. Apa dia lalui kita tahu ke? Jangan memilih dan saya selalu ikut naluri saya.

“Just do it and jangan berganjak kalau nak membantu even a small gesture as it means a lot to anyone in need. Make a small habits big useful habits,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang lebih menyentuh hati setelah Natasha selesai membantu, warga emas tersebut bertanya bagaimana untuk dia membalas budi aktres itu yang membantunya.

“Tak apa, doakan untuk saya,” balas Natasha dengan rendah diri.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tersentuh melihat sikap yang ditonjolkan oleh Natasha dan memuji tindakannya.

“Teruskan jadi permata, walaupun terselindung di sebalik debu.

“Inilah contoh terbaik,” komen netizen.

Menerusi minit ketiga dalam video tersebut, Natasha sempat bertukar nombor dengan warga emas terbabit supaya mereka dapat berjumpa lagi dan mungkin boleh saling ziarah ketika Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi.Pelakon cantik, Natasha Hudson berkongsi sebuah video di laman media TikTok ketika dirinya membantu seorang warga emas menolak troli di sebuah pasar raya.

Kejadian terbabit dilakukan secara spontan kerana Natasha bersimpati melihat keadaan warga emas tersebut seperti tidak larat untuk menolak troli yang penuh dengan barang-barang keperluan.

“Jangan kita abaikan orang tua. Tak kisahlah sama ada dia nampak kaya atau miskin. Apa dia lalui kita tahu ke? Jangan memilih dan saya selalu ikut naluri saya.

“Just do it and jangan berganjak kalau nak membantu even a small gesture as it means a lot to anyone in need. Make a small habits big useful habits,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang lebih menyentuh hati setelah Natasha selesai membantu, warga emas tersebut bertanya bagaimana untuk dia membalas budi aktres itu yang membantunya.

“Tak apa, doakan untuk saya,” balas Natasha dengan rendah diri.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tersentuh melihat sikap yang ditonjolkan oleh Natasha dan memuji tindakannya.

“Teruskan jadi permata, walaupun terselindung di sebalik debu.

“Inilah contoh terbaik,” komen netizen.

Menerusi minit ketiga dalam video tersebut, Natasha sempat bertukar nombor dengan warga emas terbabit supaya mereka dapat berjumpa lagi dan mungkin boleh saling ziarah ketika Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Izzi Farhana