[VIDEO] Netizen Terpegun dengar Suara Usop & Apex, Netizen Berterima Kasih Kepada Hazama-“Mesti Dia Bangga…”

Tular sebuah video perkongsian penyanyi Usop yang menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Satu Rasa Cinta bersama rakan penyanyi, Apex Tajudin.

@usop_97 Satu rasa cinta ft Apex la yehh🙈 #fyp #kitatakramaitapiada ♬ original sound – Usop

Usop memuat naik video tersebut di laman TikTok miliknya dan meraih sebanyak 4.8 juta tontonan.

Apa yang lebih menarik, mereka berdua merupakan bekas protege Hazama dalam sebuah rancangan realiti di TV3 iaitu Mentor Milenia.

Menerusi video tersebut, kedua-dua mereka menyanyikan lagu Satu Rasa Cinta itu dengan baik dan merdu dan netizen turut memohon untuk mendengar ‘cover’ penuh lagu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan suara mereka berdua dan berterima kasih kerana kehadiran mereka dalam industri seni adalah hasil didikan dari Hazama ketika di Mentor Milenia.

“Kalau Hazama tengok ni mesti dia bangga sebab anak buah dia sangat rapat dan berjaya.

“Terima kasih kepada Hazama.

“Salute betul pada anak buah Hazama. Hasil yang amat membanggakan industri muzik. Dua-dua power. Semoga sukses selalu,” tulis peminat di ruangan komen.

Izzi Farhana