“Kita Bagi Ruang & Peluang” – Zulin Aziz Berbaik Semula Dengan Suami

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengumumkan dia telah berpisah dengan suaminya, Farhan Norzaini atas sebab tiada persefahaman.

Terbaru, Zulin memuat naik foto sepasang cincin sekaligus berkongsi bahawa dia dan suami kini kembali bersama.

Jelas Zulin, berkat doa orang ramai dia dan suami cuba untuk menjadi lebih baik serta memberi ruang dan peluang.

“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni.

“Kita bagi peluang dan ruang. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin masih mengunci mulut mengenai hantaran sebelum ini yang menyatakan dia dan suami bercerai akibat tiada lagi persefahaman.

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Beri Hint Bercerai Selepas Setahun Kahwin? – “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Enggan Buka Mulut Punca Berpisah – “Cukup Itu Saja, Biarlah Hanya Kami Yang Tahu”

Artikel Berkaitan: Umum Berpisah Dengan Suami Didakwa Hanya Content? Zulin Aziz Tampil Bersuara! – “Tolong Stop! Hal Macam Ni Orang Gila Je…”

Atiqah Johari