Nabila Huda Dan Keisha Kongsi Cinta Yang Sama

Bila menjenguk ke laman instagram pelakon Nabila Huda pastinya kita akan terhibur dengan gelagat beliau dan suami apabila menyakat Keisha bukan? Hubungan erat yang terjalin antara Keisha dan bapa tirinya, Mohd Izwan atau lebih mesra dengan panggilan Abi ini semestinya membuatkan ramai yang cemburu dengan keakraban mereka. Betul tak?

Malah, mungkin ada sesetengah diantara kita atau semestinya followers beliau yang sudah mengaktifkan butang Turn On Notification semata-mata mahu melihat apakah agaknya video terkini daripada Abil sekeluarga.

Gelagat Abil dan suami menyakat Keisha pastinya mampu membuatkan ramai netizen terhibur malah, kasih sayang diantara mereka juga dapat dirasai bukan sahaja dikalangan peminat tetapi followers beliau sendiri. 

Sebelum ini, Abil pernah berkongsi caption yang pastinya membuatkan followers beliau tersentuh dengan keakraban Keisha dan Abi nya.

 

Nampak gayanya, Abil dan Keisha berkongsi cinta yang sama? Al-maklumlah, Abi Keisha ni bukan sahaja kelakar tetapi, sangat penyayang orangnya. Kalau tak percaya, jom kita belanja sedikit video yang pernah dikongsikan oleh Abil menerusi instagram beliau.

Happy je bila tengok gelagat Abil, suami dan Keisha ni!
Semoga keluarga kecil pelakon kesayangan ramai ni sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang.
Salma Syahbuddin