Nad Zainal Enggan Jawab Soalan Tanpa Kehadiran Suami – “Kami Dah Buat Perjanjian”

Pelakon Nad Zainal memilih untuk tidak ditemubual media buat kali pertama selepas keluar daripada hospital dan mendirikan rumah tangga.

Ditemui ketika berada di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga, pihak media meminta Nad untuk memberi kenyataan dan penjelasan mengenai isu perkahwinannya, duit sumbangan untuk rawatan ketika dimasukkan ke hospital dan timbul dakwaan mengatakan dia ‘berbalah’ dengan beberapa rakan artis.

Memetik laporan Harian Metro, Nad menyatakan bahawa suaminya, Ungku Ismail tidak memberi kebenaran untuk dirinya mengeluarkan sebarang kenyataan seorang diri tetapi akan menjawab segala persoalan menerusi sebuah video dalam tempoh terdekat bersama suaminya.

“Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan. Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan.

“Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (suami) tiada, saya tidak mahu bercakap.

“Kami sudah buat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama,” ujarnya.

Nad memilih untuk tidak menjawab apabila ditanya mengenai tindakannya untuk menjawab segala persoalan hanya menerusi media sosial.

“No comment for now,” kata Nad ringkas.

Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor gara-gara mengalami paru-paru berdarah.

Selain itu, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Namun, berita mengenai perkahwinannya dikongsi kepada umum selepas seminggu sah menjadi suami isteri iaitu pada 29 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Semakin Baik, Ungku Ismail Dedah Pembahagian Tabung Dana – “Jumlah Terkumpul RM277,000, Kami Sedekah & Infaq Kepada…”

Artikel Berkaitan: TikToker Bersuara Persoalkan Isu Kutipan Derma Untuk Nad Zainal, Netizen Ada Pendapat Lain! – “Kalau Tak Mampu Memberi, Cukup Dengan Doa & Jaga Kata-Kata”

Artikel Berkaitan: Tahniah! Berpakaian Sedondon Serba Putih, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Bernikah 23 Januari Lalu

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari