Gemuruh Hadiri AJL 37, Ubai MZ Titip Pesan Istimewa Untuk Shila Amzah – “Saya Tahu Apa Yang Sha Dah Buat Untuk..”

Pempengaruh Ubai MZ menitipkan pesanan istimewa untuk kekasihnya, penyanyi Shila Amzah yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) malam ini.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berharap agar Shila yang berduet bersama Liza Hanim menerusi lagu Bahagiakan Dia dapat memberikan persembahan terbaik.

“Kepada Sha dan Kak Liza, semoga berjaya mempertandingkan lagu Bahagiakan Dia. Saya tahu apa yang Sha dan Kak Liza dah lakukan untuk AJL 37. Insya-Allah, usaha mereka berdua akan terjawab pada malam ini,” katanya kepada XTRA.

Berharap Shila dapat membuat persembahan dengan tenang, Ubai turut berkongsi rasa gugup yang dihadapinya.

“Sebelum bertanding, saya ada berpesan kepada Sha supaya tenangkan diri, buat yang terbaik dan saya tahu awak boleh buat.

“Perasaan saya pula, ini first time saya datang anugerah sebegini. Rasa gementar pun ada. Tadi ambil gambar di karpet merah pun saya rasa gugup,” katanya.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Padin