Nadhir Nasar Tampil Beri Respons Isu Remaja Tak Kenal Tunku Abdul Rahman

Tular video di laman sosial mengenai beberapa orang remaja yang lebih mengenali artis popular antarabangsa berbanding tokoh sejarah negara, baru-baru ini.

Video tersebut mendapat perhatian pelakon muda, Nadhir Nasar yang tampil memberi respons menerusi ciapan di Twitter.

ā€œBelajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau. Betul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je,ā€ tulisnya.

Nadhir menegaskan bahawa dia membuat pesanan ringkas tersebut buat dirinya sendiri juga.

Ciapan tersebut meraih respons warganet yang setuju dengan kata-kata teguran dari Nadhir.

Malah, netizen turut menzahirkan rasa sedih terhadap generasi masa kini terlalu taasub pada hiburan.

ā€œWeh apa tak kenal. Sedihnya. Memang masih dijajah tapi dengan hiburan dan ketaasuban pada duniawi. Soalan basic pun tak tahu,ā€ tulis netizen.

Nurul Hana