Hiburan By: Padin July 18, 2023 @ 8:08pm

Nafas Gabungan Seni Tradisional Tari & Muzik, Istana Budaya Mempersembahkan Sulur Nakasari 2.0

Sulur adalah ibarat dari sebuah pokok yang berakar tumbuh menjalar, melingkar ke hadapan dan tumbuhnya tunas baharu.

Nakasari pula luahan rasa komposer melalui penghasilan muzik yang kaya dengan pelbagai rentak tradisional bersama gubahan yang segar, mantap dan unik.

Begitulah juga maksud Sulur Nakasari yang mempersembahkan sebuah gerakan tari yang berakar dari tradisional Malaysia.

Dialunkan bersama muzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sulur Nakasari 2.0 bakal mempersembahkan di Istana Budaya.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar, Sulur Nakasari secara umumnya mempamerkan hasil kreativiti dan idea daripada barisan koreografer dan komposer Istana Budaya dalam melahirkan karya-karya rekacipta tari dan muzik yang baharu.

“Persembahan ini utamanya dijayakan oleh dua gabungan produk dari Istana Budaya iaitu residen Artis Budaya yang dikenali sebagai Artistana dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Pementasan Sulur Nakasari 2.0 pada kali ini bakal menampilkan tiga segmen dalam keseluruhan persembahan iaitu segmen Kreasi Tradisional, Kreatif Tradisional dan Kreatif Kontemporari.

“Sulur Nakasari 2.0 akan mempamerkan 12 jenis tarian antaranya seperti tarian Asli, Inang, Joget, Zapin Siltah, Jeraus dan Bakarano yang disusun oleh sembilan orang koreografer Istana Budaya berbanding 10 jenis tarian yang telah dipersembahkan pada Sulur Nakasari yang lalu,” katanya.

Istimewanya sentuhan Sulur Nakasari 2.0 tahun ini bakal menjemput dua artis tempatan yang hebat iaitu Bob Yusof dan Hazra Dollah bagi menyemarakkan lagi persembahan etnik kreatif dan tradisional Malaysia.

Bagai irama dan lagu, begitu juga tari dan muzik. OTM berperanan menghasilkan identiti kesenian muzik tradisional yang unik dengan melibatkan pelbagai jenis instrumen dari berbilang kaum dan etnik di seluruh Malaysia.

Menurut Konduktor merangkap Pengarah Muzik OTM, Mohd Yazid Zakaria, uniknya Sulur Nakasari 2.0 bagi tahun 2023 berbanding sebelum ini adalah lima buah gubahan lagu baharu telah berjaya dihasilkan.

“Ia menjadikan 18 buah lagu secara keseluruhan dengan melibatkan sembilan orang komposer dari OTM sendiri. Gerak tari (Sulur) yang dialun bersama rentak muzik (Nakasari) mestilah dilengkapkan dengan rekaan busana bagi menampakkan impak yang hebat. Setiap jenis tarian dan persembahan mempunyai sentuhan busana yang berbeza bagi merealisasikan konsep yang dikehendaki oleh kareografer.

“Setiap sudut dari segi pemilihan warna, cara pemakaian dan susunan corak busana mestilah menjaga keaslian material seiring dengan mengekalkan identiti untuk setiap jenis tarian,” katanya.

Menariknya busana Sulur Nakasari ini merupakan hak cipta sepenuhnya milik Istana Budaya. Hasil sentuhan kreatif dan keindahan keseluruhan persembahan Sulur Nakasari 2.0 dalam menjanjikan satu pementasan yang hebat diketuai oleh A. Aris A. Kadir sebagai Pengarah Persembahan dan Badrul Zaman Abdul Jalil sebagai Sinografer.

Manakala sentuhan keunikan seni tari dan muzik dalam menimbulkan satu rasa dan kepuasan pementasan ini diketuai oleh Mohd Yazid Zakaria sebagai Konduktor merangkp Pengarah Muzik OTM dan Rudy De Luna Jr. sebagai Pengarah Tari.

Sulur Nakasari 2.0 akan dipentaskan selama dua malam iaitu pada 28 dan 29 Julai 2023, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket persembahan dijual dengan harga tiket rahmah serendah RM30 untuk Upper Circle, RM50 untuk Grand Circle, RM80 untuk Stalls dan RM150 untuk Gold Seat.

Tempahan tiket hanya boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya https://www.istanabudaya.gov.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Beliau Hebat Di Padang Bola Tapi Lebih Hebat Apabila Pelihara Solat – Mufti

Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

Events Sat, 5 Jan 2019

「五福星」再发贺岁专辑!伍家辉望占贺岁市场一席位

阔别5年,五福星再度发行全新创作新年歌《五福星又报喜》!伍家辉首当贺岁歌曲制作人,望能占大马贺岁市场一席之位。