Categories: HiburanSelebriti

Sajat Nafi Gila Glamour

Berniaga sudah, berlakon sudah, nampaknya usahawan kosmetik Nur Sajat kini melangkah setapak lagi dengan menghasilkan single pertama terbaru bertajuk “Makhluk Penggoda”

Sajat yang ditemui di Majlis Pelancaran single terbaru ciptaan Aepul Roza dan Iman Imran memberitahu dia enggan mempedulikan kecaman orang ramai.

 

“ Kita tak boleh halang mulut orang untuk bercakap atau mengata. Dari dulu lagi ‘makcik bawang’ akan tetap bercakap.

“ Kehadiran saya dalam industri muzik adalah sekadar mewarnai industri hiburan,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran “Makhluk Penggoda” di The Ame Soeur, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Menafikan bahawa dirinya seorang gila glamour, Sajat tidak meletakkan harapan untuk menempatkan diri bertanding dalam mana-mana anugerah muzik. Dengar tu, sekadar menghiburkan penyokongnya saja tau!

“ Tak kisahlah, Anugerah Juara Lagu atau Anugerah Industri Muzik, saya tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Saya sedar kemampuan dan tahap saya dalam industri seni suara. Niat saya hanya untuk memeriahkan industri muzik saja,” katanya.

Dalam masa sama, Sajat turut memberitahu beliau baru saja mendapat tawaran berlakon filem tetapi tidak dapat berkongsi info buat masa ini. Apapun, kami bangga dengan Sajat, hebat wak!

SGMS Faida