Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Heboh di laman sosial apabila salah seorang pelakon filem Pulang ‘naik angin’ terhadap seorang individu yang menegur fizikalnya dalam filem berkenaan.

Pelakon Azrel Ismail mengaku ketika dia membalas Tweet itu, dia sedang dalam keadaan marah.

“ Saya tiada niat langsung untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Saya mohon maaf di atas keterlanjuran penggunaan perkataan ‘orang asli’ dalam ‘tweet’ komen yang ditulis.

“Saya memang dalam keadaan marah ketika itu. Maafkan saya,” katanya.

Pelakon berusia 34 tahun ini dilaporkan gagal mengawal kemarahannya apabila membalas tweet dengan menggunakan perkataan ‘Orang Asli’.

 “Saya boleh terima teguran seandainya apa yang dikatakan itu adalah berdasarkan pada teknik lakonan.

“Tetapi, individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang,” katanya.

Azrel memberitahu dia enggan lagi memanjangkan isu berkenaan.

Bagi yang belum menonton filem Pulang lakonan Azrel bersama Remy Ishak dan Puteri Aishah, pastikan anda tak ketinggalan untuk tengok hari ini okay? Let’s!

SGMS Faida