“Nak Kahwin Silakan! Tapi Terus Terang, Saya Kesian Dengan Dia”- Lufya ‘Blocked’ Juliana Farhana, Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Lagi

Perdebatan yang berlaku antara pelakon Lufya Omar, bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan tunang, pelakon Julia Farhana berkaitan isu nafkah anak masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Memetik laporan Gempak, Lufya memaklumkan, di sesi Live Instagram, dia mengetahui mengenai hubungan antara bekas suaminya itu dengan pelakon berkenaan malah tidak pernah timbul isu cemburu sebaik sahaja mengetahui pasangan tersebut bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menurut Lufya, dia berasa kasihan dengan Julia kerana menganggap pelakon itu tidak pernah merasa dan melalui fasa bergelar sebagai seorang isteri mahupun ibu.

“Dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan Julia. Dia masih muda, orang kata belum lagi tahu perjalanan bergelar sebagai seorang isteri atau ibu.

“Mungkin saya rasa dia buta dalam percintaan sampai tak boleh nak fikir. Untuk jadi mak tiri kepada Haura saya rasa, impossible,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Allah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anak…”- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dihina, Saya Diam” – Jawab Dakwaan Ganggu Lufya, Julia Farhana Buka Mulut.. Buat Laporan Polis 7 November Lalu!

Meskipun begitu, Lufya mengakui isu berkaitan nafkah anak adalah isu sensitif.

Enggan urusan itu mendapat campur tangan dari orang luar, dia mengambil tindakan menyekat Julia menerusi aplikasi WhatsApp.

“Jadi pada awalnya kenapa awak mesej saya sepanjang 360 muka surat kemudian awak cakap nak chip in. Saya tak perlu duit awak sayang… Hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang dari teman lelaki awak.

“Saya block awak sebab awak tak ikhlas. Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian, kedua… awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz. 

“Kenapa Hafiz minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak ni dan tak perlu suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu kerana itu memang tanggungjawab dia. Bukan nak berlagak tapi saya minta cerai sebab kesabaran saya sudah makin menipis,” katanya.

Terdahulu, isu nafkah anak membabitkan pasangan ini mula tular selepas Lufya tampil menuntut hak anak tunggalnya sekaligus menepis dakwaan kononnya tuntutan itu dibuat untuk dirinya sendiri.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! – “RM300-RM500 Tak Relevan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Selalu Pukul Muka Sendiri” – Anak Pernah Alami Trauma Sejak Bayi, Lufya Syukur Keluarga Ada Ketika Susah Senang

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin