Nak Simpan…Simpanlah, Saya Dah Move On – Zul Ariffin

Malam tadi berlangsungnya majlis Primavalet Fashion Hub 2018 di sebuah hotel di ibu negara. Ramai selebriti yang hadir antaranya Amar Bahrin, Amyra Rosli, Siti Nordiana, Janna Nick, Atikah Suhaime dan ramai lagi.

Namun antara yang paling ditunggu-tunggu sekali, sudah tentu pelakon yang baru saja putus cinta, Zul Ariffin! 

Menariknya, bukan soalan berkisar cinta yang ditanya, namun lebih tertumpu pada kisah gambar alat sulit tersebar di laman sosial, baru-baru ini. Agaknya Zul sendiri tak risau ke gambar itu disimpan peminat?

“ Saya tiada hak melarang jika peminat berhasrat menyimpan foto terbabit. Foto itu sudah tular dan jadi bualan orang ramai.

” Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh,” katanya orang luar mula memberi pandangan nakal terhadapnya.

Ada khabar angin melaporkan penyebaran gambar tidak senonoh itu berpunca akibat sabotaj individu rapat dengan pelakon sasa ini.

“ Saya tak mahu tuduh sesiapa dalam hal ini. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja,” kata pelakon berusia 32 tahun ini.

Terdahulu, gambar berkenaan menjadi bualan hangat apabila dimuatnaik di Insta Story miliknya namun telah dipadam selepas dua minit.

Sambil menafikan gambar alat sulit itu miliknya, Zul mendakwa yang kejadian memalukan itu berpunca daripada akaun Instagramnya digodam.

 

SGMS Faida