Categories: Trending

Gaduh Punya Hal, Lelaki Tolak Kekasih Dari Tingkat 19!

Bergaduh punya pasal, seorang lelaki tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 19!

Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpu terjadi apabila pasangan itu bertengkar sebelum lelaki itu mengarahkan kekasihnya itu keluar dari pangsapuri berkenaan.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 6 pagi daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan yang menemui mayat mangsa, 20, di kawasan tempat letak kenderaan.

Katanya, soal siasat awal daripada saksi memaklumkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek, 30, pada 5.45 pagi sebelum wanita terbabit diarahkan keluar dari pangsapuri berkenaan yang terletak di tingkat 19 blok terbabit.

“Sebaik keluar dari rumah itu, mangsa dikatakan naik ke tembok kaki lima hadapan kediaman terbabit dan bergayut di sebelah luar tembok sebelum terjatuh dari tingkat 19 ke tempat letak kenderaan tingkat tiga blok berkenaan.

Sumber berkata, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati terdapat kemungkinan mangsa ditolak menyebabkan dia terjatuh.

“Berikutan itu, pihak polis menahan teman lelaki mangsa untuk siasatan itu. Berdasarkan maklumat diperolehi, suspek dan mangsa tinggal bersama di kediaman berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu dilihat sering bergaduh, namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

” Suspek yang juga teman lelaki mangsa sudah ditahan pada hari kejadian dan kini direman sehingga 28 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

SGMS Faida