“Nama-Nama Itu Sumbang 50% Trauma” – Shila Amzah Dedah Jadi Mangsa Dera Emosi, Fizikal & Kewangan

Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa dera.

Lebih parah, akibat pengalaman tersebut dia berdepan dengan trauma sehingga hari ini.

“Saya adalah mangsa penderaan emosi, fizikal dan juga kewangan. Nama-nama yang anda sebut itu menyumbang 50 peratus kepada trauma yang saya alami hari ini.

“Ia merangkumi semua… boyfriend, suami dan keluarga. Saya tidak boleh bercerita secara terperinci kerana enggan membuka aib,” jelasnya.

Susulan itu, ketika menjawab soalan di TikTok, Shila memaklumkan bahawa dia tidak mahu dikaitkan dengan kisah lama kerana akan mengingatkan semula kepada trauma tersebut.

“Perkara ini sesuatu yang besar. Apabila anda bercerita lagi, ia mencetuskan kembali trauma saya,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Shila juga kini berdepan dengan krisis keluarga apabila bapanya Datuk ND Lala dikhabarkan berkahwin dengan rakan baiknya.

Ekoran itu, isterinya Datin Fauziah Sarman memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu.

Atiqah Johari