Featured By: Attiqah Mohd July 26, 2021 @ 1:56pm

“Nampak Murah, Tak Ada Bajet Ke..” – Chef Wan, Che Ta Kritik Penampilan Kontinjen Malaysia Di Olimpik

Pembukaan sukan Olimpik di Tokyo baru baru ini berjaya mencuri perhatian dunia. Tidak ketinggalan adalah kontinjen Malaysia yang turut sama muncul pada majlis pembukaan di Tokyo baru-baru ini.

Namun begitu, busana yang digayakan oleh atlet kontinjen Malaysia menjadi perbincangan hangat netizen di laman sosial dan menimbukan pelbagai reaksi ramai termasuk  personaliti televisyen, Chef Wan dan selebriti Rozita Che Wan.

Menerusi laman Instagramnya, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dengan penampilan kontinjen Malaysia.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah.

“Teringat pula masa zaman sekolah-sekolah dulu, bila kita dipakai guru-guru baju untuk pementasan bangsawan. Bajet pula terhad. Saya pun pernah terbabit dengan beberapa tugasan persembahan teater sekolah ketika cuti penggal, jadi memori itu tiba-tiba muncul kembali,” tulisnya.

Beliau turut memuji negara Itali yang lebih bijak menggunakan hasil ciptaan pereka fesyen terkenal Gorgio Armani untuk menghasilkan busana di majlis pembukaan acara berprestij itu.

Malah, Chef Wan juga meluahkan pendapat bahawa pihak yang terlibat seharusnya lebih bijak bereksperimentasi dengan fesyen kerana Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.

Walaubagaimanpun di akhir katanya, Chef Wan tetap memuji pencapaian para atlet di Sukan Olimpik dan mengharapkan agar mereka terus berjaya mengharumkan dunia.

Selebriti, Rozita Che Wan juga antara yang turut meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?”

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” ujarnya.

Difahamkan, pakaian tersebut direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan ianya bertemakan Laksamana Hang Tuah. Inspirasi warnanya pula diambil daripada empat warna Jalur Gemilang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Trending Sat, 6 Jan 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

Featured Fri, 17 Mar 2023