Nangka Ke Durian? Chef Selebriti Terkenal Ini Pula Dikecam Netizen

Kalau sebelum ini kekeliruan timbul apabila seorang juri rancangan makanan Masterchef UK, John Torrode dan Gregg Wallace tersilap memberi penilaian ke atas rendang ayam yang dimasak oleh salah seorang peserta program tersebut dengan menyarankan agar rendang ayam tersebut haruslah crispy,  dan kali ini, personaliti terkenal ini pula menjadi mangsa. 

Kenapa?

Personaliti terkenal, Martha Stewart baru-baru ini dilihat telah menulis sebuah artikel dengan tajuk Here’s Exactly How To Use Jackfruit  yang memaparkan lima kegunaan buah nangka dalam masakan.

Namun kekeliruan tersebut mencetuskan sedikit perbalahan di laman sosial apabila netizen mula mengecam beliau memuat naik gambar durian dalam artikel tersebut. Netizen mempertikaikan bukanlah susah pun untuk mencari gambar sebenar jackfruit atau buah nangka sehinggakan gambar yang dimuat naik dalam artikel tersebut adalah buah durian. Ye, buah durian!

 

Dan, ternyata kekeliruan yang timbul ini membuatkan netizen mempersendakan kesilapan tersebut. Mana taknya, dunia kan dihujung jari, jawapannya Google je lah!

Topik panas ini nampaknya semakin viral dan tinjauan terkini melalui laman web MarthaStewart.Com itu mendapati gambar hiasan tersebut telahpun dipadam.

Salma Syahbuddin