“Nanti-Nantilah! Sekarang Tak Boleh Nak Komen…” – Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Ira & Syamsul Yusof, Kazar Saisi Selesa ‘Kunci Mulut’

Umum mengetahui, kontroversi melibatkan perkahwinan Syamsul Yusof dan Ira Kazar masih hangat diperkatakan sejak pengarah itu mendedahkan status terkininya pada 6 Januari lalu.

Bahkan, ekoran daripada pendedahan tersebut, bapa kepada Ira Kazar yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi, 63, turut menerima kecaman hebat dari warganet selepas membenarkan anaknya itu berkahwin dengan suami kepada aktres, Puteri Sarah Liyana.

 

Memetik laporan Mstar, Kazar bagaimanapun dilihat lebih selesa mengunci mulut dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkahwinan anaknya.

“Tunggu la, sekarang ni tak boleh nak komen apa-apa.

“Nanti- nantilah. Lagipun sekarang saya tiada di rumah kerana sedang melakukan penggambaran di Ipoh,” katanya.

Malah, menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Kazar dilihat seolah-olah memberi gambaran mengenai status dirinya yang penat dengan kecaman yang diterimanya sejak akhir-akhir ini.

“Rehat jap, penat kena buli. Jumpa anda di suatu hari yang baik” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telahpun dipadam aktor berkenaan beberapa jam selepas memuat naik posting berkenaan.

 

Sumber: Mstar, Instagram

Salma Syahbuddin