“Moga Kedua-Kedua Isteriku Tenang & Banyakkan Bersabar” – Syamsul Yusof

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya dengan memaparkan foto perkahwinan kedua-dua isterinya.

Menerusi hantaran tersebut, Syamsul meninggalkan kapsyen yang menarik perhatian ramai apabila meminta kedua-dua isterinya itu untuk bertenang dan bersabar.

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulis Syamsul.

Menjengah diruangan komen, pengikut di Instagramnya itu meninggalkan pelbagai reaksi dengan hantaran terbaharunya.

Terdahulu, terlerai segala spekulasi mengenai hubungan Syamsul dan Ira Kaza apabila dia membuat pengakuan telah berkahwin dengan isteri keduanya di Thailand.

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Pulang Ke Rumah Agar Dapat Bincang, Tak Perlu Hebah Di Media Sosial” – Selamat Bernikah Dengan Ira Kazar, Ini Pesanan Syamsul Yusof Kepada Puteri Sarah

Atiqah Johari