‘Nasiblah Hari Raya, Kalau Tak…’- Video Nonny Beraya Di Rumah Bekas Suami Curi Tumpuan

Oleh: Endy Ashari

Pelakon Nonny Nadirah berkongsi meraikan hari raya bersama bekas suami, Mustain Adnan melalui rakaman LIVE Instagram mengunjungi rumah bekas suaminya itu, semalam.

“1st day raya. Berkawan lebih baik. Allah Maha Baik. Doa saja yang baik-baik,” tulis Nonny.

Dalam rakaman video dibuat pada hari raya pertama itu, Nonny mengaku dijemput Mustain untuk berhari raya bagi mengeratkan silaturahim.

“Ini bekas suami saya. Nasiblah hari raya, kalau tak, tidaklah saya tengok muka dia lagi.

“Dia cakap nak rapatkan silaturrahim, jadi dia suruh datang beraya. Saya ini kalau ikutkan tiada mood nak beraya. Nak balik kampung pun tak nak.

“Saya ‘team move on’ dan ‘team broken’. Tapi, tiba-tiba kena jumpa dia balik. Takkan lah dia ‘team’ saya,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Nonny juga mendoakan bekas suaminya dipertemukan jodoh terbaik.

“Tiada jodoh antara kami. Jodoh tak panjang. Sembilan tahun berkawan, tapi kahwin tak sampai setahun.

“Pertemukanlah dia dengan pasangan yang terbaik daripada aku,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah dan bercerai Oktober lalu.

SGMS Faida