Hiburan By: SGMS Faida December 8, 2018 @ 2:49pm

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Pelakon Natasha Hudson dilaporkan berkahwin kali keempat, semalam.

Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, pelakon berusia 36 tahun ini dilaporkan berkahwin dengan usahawan dari Kelantan di dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. 

Berita ini disampaikan menerusi Instastory adik Natasha, Tania Hudson yang mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.

“Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apa pun,” tulisnya.

Dalam masa sama, Tania sempat berpesan kepada netizen agar menghormati keputusan kakaknya itu.

” Jaga hal masing-masing sama ada dalam hal kahwin atau cerai, jangan masuk campur urusan orang lain.

” Jaga laki bini sendiri. Saya yakin tiada perkahwinan yang sempurna juga. Agama mengajar kita untuk mendoakan sesama sendiri bukan mengajar menjatuhkan orang lain,” katanya yang menasihatkan netizen menggunakan sosial media sebaiknya.

Natasha atau Natasha Liana Hudson bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!

Featured Wed, 22 Sep 2021