Categories: Hiburan

NEELOFA DIKATA EKSPLOITASI HAIWAN TERANCAM?

Sebelum ini, aksi pelakon dan pengacara Noor Neelofa bersama dolphin ketika berada di Dubai itu telah mencuri perhatian ramai.Dikala bergembira dengan haiwan mamalia itu, Neelofa telah menerima teguran yang dikatakan dirinya mengeksploitasi haiwan terancam tersebut. 

Walaupun ramai yang memuji dan cemburu dengan peluang yang dapat dirasai oleh Neelofa namun ada juga pihak yang kurang selesa dengan tindakan usahawan muda itu. 

Teguran itu dibuat oleh personaliti dan aktivis kehidupan liar, Rina Omar secara terbuka menerusi akaun Twitternya. engaruh yang Neelofa miliki sebagai seorang selebriti popular akan mengalakkan lagi orang ramai untuk menyokong tempat tarikan ikan lumba-lumba tersebut. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Rina dan tindakan Neelofa itu kini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. 

SGMS Enal