Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

Beberapa jam lepas, pengarah Michael Ang memuat naik sebuah hantaran yang dilihat seperti menyindir seseorang.

Menerusi hantaran tersebut, Michael berpendapat bahawa seseorang itu akan digelar sebagai penyanyi nombor satu sekiranya lagu itu ‘trending’ di platform muzik seperti radio, Spotify, Apple Music dan sebagainya.

“Kalau trending nombor 1 dekat Spotify ke dekat radio ke dekat Apple Music ke baru you singer nombor satu negara ya.

“Sekadar dekat TikTok, dekat Youtube, Instagram itu sekadar untuk di kutuk! Malu dik, nampak bodoh naw naw buat claim macam itu,” tulis Michael.

Dalam hantaran yang dibuat Michael, dia tidak menyatakan sebarang nama namun dia memaklumkan bahawa siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas.

“Posting ini sekadar info saja ya. Kalau termakan cili you akan rasa posting ini pasal you okay. So adik-adik sila baca betul-betul sebelum mengutuk ya,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, ramai yang dapat meneka siapakah individu yang dimaksudkan oleh Michael menerusi hantaran pedas tersebut.

Netizen mengaitkan ia dengan kenyataan seorang usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri di mana baru-baru ini, dia membuat kenyataan yang mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara selepas muzik video lagu Baby Sayang telah trending selepas dimuat naik di saluran Youtube.

Bukan itu sahaja, Aliff turut mendakwa dirinya berbakat dan layak menjadi seorang penyanyi kerana 10 lagu yang dihasilkan sering trending di platform Youtube.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai menyokong dengan kata-kata pengarah itu malah terdapat beberapa selebriti yang bersependapat dengannya.

         

Atiqah Johari