“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang berharap isu ini menemui jalan pendamaian, terbaru menerusi laman Instagram pencetus ummah (PU) Syed Mohd Bakri meminta agar pihak terlibat untuk menyelesaikan perkara berbangkit dengan baik.

PU Syed turut menasihati orang ramai agar tidak terus menghakimi dan tidak terlalu bersikap taasub dengan mana-mana pihak.

“Kita serah pada mereka untuk selesaikan..netizen tak boleh jadi hakim dan jangan taasub kepada siapa sahaja. Kaedah menyebut, bukti bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi yang ingkar (menafikan) dakwaan. Kenapa perlu bukti bagi yang menuduh? Dan hanya sumpah bagi yang ingkar dakwaan?..”

Menerusi hantarannya, PU Syed berkata ia enggan mengulas lebih lanjut kerana ia bukan dapat menyelesaikan isu tetapi hanya menambah parah umat Islam terhadap isu seperti ini.

Kredit foto: Gempak

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”