Categories: Trending

Jemaah Antarabangsa Dibenar Tunai Umrah Bermula 10 Ogos Ini

Kerajaan Arab Saudi kini membuka semula ruang bagi jemaah antarabangsa untuk menunaikan umrah pada 10 Ogos ini iaitu bersamaan 1 Muharam 1443 Hijrah.

Memetik laporan Saudi Press Agency, kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran itu selepas warganegara serta penduduk di Arab Saudi dibenarkan menunaikan umrah bermula 25 Julai.

Bagaimanapun, semua negara dibenarkan menghantar jemaah mereka terus ke negara itu namun terdapat beberapa negara yang perlu menjalani kuarantin di negara ketiga sewaktu transit sebelum tiba di Arab Saudi.

Antara negara-negara tersebut ialah, India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.

Menurut, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, beliau telah mengarahkan semua pihak bertanggungjawab untuk bersiap sedia bagi menerima jemaah umrah di Masjidil Haram, Makkah.

Malah, beliau turut mengarahkan pegawainya untuk mempergiatkan usaha mencegah penularan COVID-19 di Masjidil Haram, Makkah serta Masjid Nabawi, Madinah, selepas membuktikan tiada berlakunya jangkitan COVID-19 semasa musim haji yang berlangsung baru-baru ini.

Sementara itu, bagi jemaah berumur 18 tahun dan ke atas golongan ini dibenarkan dan wajib menerima suntikan dos vaksin COVID-19 lengkap jenis Pfizer, Mordena, Astrazeneca atau Johnson & Johnson.

Manakala, Bagi individu yang menerima suntikan vaksin keluaran China, mereka perlu mengambil dos penggalak sama ada jenis Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson.

 

 

Sumber  :BH

Salma Syahbuddin