Netizen Samakan Hidung Dulu Seperti Michael Jackson, Lana Nodin ‘Tenang’ Dedah Hal Sebenar

Baru-baru ini, pelakon Lana Nodin memuat naik sebuah video di akaun rasmi Instagramnya yang memaparkan dirinya sedang membuat pemeriksaan kali terakhir bersama pakar pembedahan hidung di Korea Selatan.

Menerusi hantaran tersebut, Lana dilihat memuji doktor itu kerana melakukan kerjanya dengan sangat profesional.

Malah, ada individu yang menyatakan bahawa hidung Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 44, yang sekarang lebih cantik berbanding dahulu yang dikatakan seperti penyanyi antarabangsa, Michael Jackson.

“Actually saya lagi suka hidung yang sekarang ni. Nampak natural & tak nampak macam buat plastic surgery pun. Hebat gila doctor ni. Compare to sebelum ni macam hidung MJ,” tulis individu itu.

 

Sehubungan itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu dilihat membalas komen individu tersebut dengan menyatakan bahawa hidungnya sebelum ini kelihatan runcing seperti Michael Jackson kerana mengalami jangkitan.

“Hidung tu infection, MJ pun kena infection pasal tu hidung dia cam tu,” jawab Lana.

Malah, Lana mengakui bahawa dia sudah menjalani pembedahan sebanyak empat kali sehingga timbul rasa serik.

“Puas jugak dah 4 kali buat, dah tahap sampai tak sanggup dah serik,” katanya lagi.

Untuk makluman, kos perbelanjaan pembedahan hidung yang dibuat Lana menelan kos sebanyak 50 juta Won bersamaan dengan RM167,000.

Atiqah Johari