“Natural Beauty, Masa Berlakon Pun Tak Makeup Sangat..” – Raut Wajah Lebih Manis Tanpa Solekan, Ramai ‘Backup’ Azira Shafinaz

Penyanyi Azira Shafinaz hangat menjadi perbualan ramai pihak di serata media sosial selepas tular sebuah video memaparkan wajahnya sebelum dan selepas disolek.

Video yang dikongsikan oleh jurusolek dikenali sebagai Att Yusof itu meraih perhatian yang tertumpu kepada wajah Azira dikatakan sangat lain seperti baru bangun tidur oleh segelintir pihak.

Meskipun teruk dikritik, ramai dalam kalangan netizen yang memberi sokongan kepada selebriti yang juga penyanyi ini masih kekal cantik dan manis meskipun tidak disolek.

Malah, peminat Azira turut memujinya yang tidak gemar menggunakan alat solek terutamanya selama berlakon.

“Dia ni memang biasa nampak mukanya natural kan.. Biasa dia belakon mmg tak sangat nmpk dia makeup.. Skinnya memang cantik so tak makeup pun memang cantik,” tulis seorang netizen.

Aktres filem Tablis Iblis ini bagaimanapun tidak memberi sebarang respons dan memilih untuk berdiam diri meskipun wajahnya dikritik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muncul Gosip ‘Liar’ Berada Di Kelab Malam Bersama Lelaki, Ini Respons Azira Shafinaz

Aqilah Paharuzi