“Mungkin Si Pelaku Dah Lupa, Tapi…” – Adam Shahz Kongsi Kertas Diconteng Penuh Lambang

Pelakon Adam Shahz mencetus 1001 persoalan selepas berkongsi sekeping kertas yang telah diconteng dimuat naik di TikTok Story miliknya pada Rabu.

Menurut Adam, dia terjumpa ‘benda setan’ itu ketika mengemas dokumen.

“Tengah filing-filing dokumen, terjumpa benda setan ni. Mungkin si pelaku dah lupa tapi kita tak pernah lupa,” ujarnya di kapsyen hantaran berkenaan.

Kertas tersebut seperti diconteng dengan pelbagai lambang serta Adam turut berkongsi dua barangan lain yang kelihatan pelik.

Sebelum ini, nama Adam hangat diperkatakan kerana terlibat dengan konflik rumah tangga dengan bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa Sedih Anak Dituduh Luar Nikah, Siap Sedia Tunggu Surat Mahkamah Dari Bekas Suami! – “Saya Ada Bukti & Lebih Berkemampuan…”

Artikel Berkaitan: “Bila Masa Saya Gila Bayang?” – Adam Shahz Tidak Cemburu Fatin Afeefa Bakal Kahwin Lagi

Aqilah Paharuzi