‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Gara-gara penahanan seorang penyanyi ‘baru nak up’, Haqiem Rusli pula menjadi mangsa!

Oleh sebab itu, Haqiem terpaksa tampil membuat kenyataan sebenar bagi mengelak salah sangka di kalangan netizen.

 

“Hai semua. Saya baru habis buat ‘sound check’ di Muzikal Lawak Superstar. Nantikan kemunculan saya, lagu apa (yang saya bawa), teruskan bersama saya.

“Saya ada sahaja di sini. Kalau tak tahu, jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya. Kita kena positif. Netizen di Twitter, tolonglah berhenti ‘membawang’. Cukup-cukuplah!” katanya menerusi perkongsian video di Instagram Story, tengah malam tadi.

Haqiem juga berkata, seharusnya masyarakat kita berusaha untuk hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni, serta mengamalkan sikap yang positif.

Kelmarin, berita penahanan penyanyi muda yang berdepan dakwaan mencekik pekerja stesen minyak di Ampang membuatkan ramai tertanya siapa gerangan artis berkenaan. 

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi yang juga komposer, Muhammad Raziq Rosli, didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di Ampang, hari ini, kerana mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang lebih dikenali sebagai Zynakal itu selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, artis itu dijatuhi hukuman denda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terbang itu kemudian membayar denda berkenaan.

SGMS Faida