Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardia ditangkap.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

“Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu,” katanya kepada Suara.com.

Nia Ramadhani mula menempa nama ketika membintangi drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Nia mendirikan rimah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Perkahwinan Nia bersama Ardi Bakri mendapat liputan meluas berikutan status Ardi sebagai anak kepada menteri di Indonesia. Malah, gaya hidup mewah pasangan tersebut juga sering menjadi tumpuan peminat Indonesia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”